Biri-biri bergaya dengan jersi skuad bola sepak Piala Dunia


BEBERAPA ekor biri-biri memakai jersi skuad bola sepak Brazil di Nobsa, Colombia kelmarin.- REUTERS


NOBSA, Colombia Sejumlah biri-biri dipakaikan jersi beberapa pasukan yang akan menyertai Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia di Brazil di sini kelmarin.

Biri-biri dipakaikan jersi skuad Jerman, Brazil, Colombia dan Sepanyol.

Haiwan-haiwan tersebut dipakaikan jersi dan seluar pasukan-pasukan tersebut.

Biri-biri itu memakai pakaian itu sempena satu pameran yang diadakan sebelum Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia bermula di Brazil pada 12 Jun hingga 13 Julai depan. Agensi