Banjir kilat tenggelamkan UIAM

KEJADIAN banjir kilat di sekitar UIAM di Gombak semalam.


GOMBAK Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini dikejutkan dengan kejadian banjir kilat semalam apabila pekarangan kampus universiti itu dinaiki air sedalam setengah meter menyebabkan puluhan kenderaan terperangkap dalam kejadian tersebut.

Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda kawasan kampus tersebut dan sekitarnya selama sejam mulai pukul 3 hingga 4 petang semalam.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM memberitahu, hujan lebat itu menyebabkan air naik sehingga ke paras pinggang dan menenggelamkan puluhan kereta dan motosikal milik pelajar dan kakitangan universiti itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.