Pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine

PETIKAN video yang dimuat naik beberapa media Ukraine menunjukkan orang awam sedang memerhati pesawat MH17 terbakar setelah ditembak jatuh di Torez, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.


KIEV Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine semalam selepas dilaporkan ditembak dengan peluru berpandu dari daratan ke udara oleh pihak berkuasa Rusia.

Menurut agensi berita Interfax, pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh.

Syarikat MAS membuat kenyataan dalam laman Twitter menyatakan pesawat tersebut terputus hubungan selepas ia berlepas dari Amsterdam.

Lokasi terakhir yang dapat dikesan ialah di ruang udara Ukraine. Imej yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan bangkai pesawat tersebut terbakar di Ukraine.

Agensi berita Interfax melaporkan, pesawat itu hilang dari radar apabila ia terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.