Epal tingkatkan seksual wanita


ZAT florizin dalam epal meningkatkan fungsi seksual wanita. - Gambar hiasan


SELAMA ini epal dianggap sebagai buah yang mampu menambah kesegaran dan memberi kesan kepada kesihatan.

Malah, rutin memakan epal setiap hari boleh menjauhkan seseorang daripada penyakit.

Namun, ternyata epal bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, malah meningkatkan prestasi seksual wanita.

Satu penyelidikan mendapati, ada kaitan antara pengambilan epal dengan peningkatan fungsi seksual wanita.

Kajian itu dilakukan ke atas 731 orang wanita berusia 18 hingga 43 tahun. Mereka diminta memakan epal setiap hari dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan epal secara teratur mempunyai kaitan dengan kepuasan seksual dan aktiviti seksual yang tinggi.

Penyelidik berpendapat ia disebabkan zat florizin yang ada dalam buah epal.