Pahang mula langkah kanan tewaskan Johor DT II 4-0

13/08/2014 11:36pm


PEMAIN pasukan Pahang bergambar sebelum perlawanan menentang Johor DT II di Stadium Darul Makmur bermula sebentar tadi. - KOSMO!/MAHATHIR ALI


KUANTAN - Pahang memulakan langkah kanan dalam usaha mempertahankan Piala Malaysia musim ini apabila berjaya menumpaskan Johor Darul Takzim II (Johor DT II) 4-0 di laman sendiri, Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Gol-gol kemenangan Tok Gajah dijaringkan oleh trio import mereka, Dickson Nwakaeme, Matias Conti, dan Mohd. Fauzi Roslan.

Sebelum itu, sepak mula perlawanan terpaksa ditunda selama sejam akibat hujan lebat. - KOSMO!