Bujang Taha meninggal dunia




KUCHING Bekas jaguh bina badan negara era 70-an dan 80-an, Bujang Taha, 77, (gambar kecil) meninggal dunia pada pukul 10.47 malam semalam akibat komplikasi kanser mulut, paru-paru dan asma.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak di sisi anak-anak dan cucunya selepas kira-kira seminggu dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Jenazah Bujang Taha yang pernah menyandang gelaran Mr. Asia sebanyak empat kali pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini pukul 2.55 petang semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.