Tambang bas sekolah akan naik pada tahun depan

IBU bapa pelajar terpaksa membayar tambang bas yang dinaikkan pada tahun depan seperti yang diumumkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan bayaran tambang bas sekolah akan naik mulai Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Oktober lalu.

Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, jumlah kenaikan itu akan ditentukan sendiri oleh pengusaha bas sekolah bagi mengimbangi kenaikan kos yang semakin meningkat selain kadar tambang bas sekolah tersebut tidak pernah disemak sejak tahun 2009.

“Pihak PPPBSM tidak akan menetapkan kadar baharu kerana ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Buat masa ini, pengusaha bas sekolah akan mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Lembaga Pe­lesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 memandang­kan SPAD tidak menetapkan harga siling tambang sekolah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.