MPPP kini Majlis Bandaraya Pulau Pinang

31/03/2015 10:54am

GEORGE TOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkuat kuasa hari ini.

Majlis pengisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Anjung Mutiara, Seri Mutiara, di sini sebentar tadi.

Pada majlis sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mengumumkan perlantikan Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail menjadi Datuk Bandar MBPP yang pertama.

Pertukaran status MPPP kepada MBPP dilakukan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 10 Mac lalu. - KOSMO!