Tak sempat sambut Hari Ibu


BEGINILAH keadaan Noor Husaini yang maut selepas digilis sebuah treler di Kampung Badak, Bachok semalam.


BACHOK Hasrat seorang wanita untuk menyambut Hari Ibu tidak kesampaian selepas maut apabila motosikal yang ditunggang bersama anaknya melanggar sisi sebuah pacuan empat roda sebelum kedua-duanya digilis sebuah treler dalam kemalangan di Kampung Badak di sini semalam.


NORHAYATI (gambar kecil) turut maut digilis treler yang sama semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Norhayati Mat Jusoh, 41, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dan anak keduanya, Noor Husaini Akhyar Noor Hasnan, 16, yang membonceng dalam perjalanan dari arah Bachok ke Melawi di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Menurut adik mangsa, Mohd Shahrul Anuar Mat Jusoh, 34, kakaknya yang baru habis tempoh berpantang 40 hari dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Cherang Sepulai, Cabang Tiga, Melawi setelah selesai membeli barangan keperluan di bandar Bachok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.