Harapan temui kru masih hidup tipis

KAPAL korek Ocean Line 208 terbalik selepas dipukul ombak setinggi 2.5 meter di Tanjung Punggai, Kota Tinggi pada Rabu lalu.


JOHOR BAHRU – Ombak setinggi tiga meter dan keadaan cuaca yang tidak menentu semalam merupakan cabaran utama pa­sukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari 12 lagi mangsa sebuah kapal korek, Ocean Line 208 terbalik di Tanjung Punggai, Kota Tinggi pada Rabu lalu.

Pengarah Operasi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, operasi yang bermula pada pukul 6 pagi itu meliputi kawasan seluas 15 batu nautika dari lokasi kapal korek tersebut karam.

Bagaimanapun, kata­nya, tiada mayat yang ditemui oleh pasukan SAR semasa melakukan kerja-kerja menyelamat selama 13 jam di kawasan berkenaan.

“Keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi tiga meter dan hujan le­bat yang berterusan menyukarkan usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kapal korek terbalik.

“Operasi pada hari ini (semalam) bermula dari pukul 6 pagi sehingga 7.30 malam dan akan disambung semula esok (hari ini) pada pukul 7 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.