Bedah pertama guna hipnosis


Alan melakukan terapi hipnosis kepada pesakit sindrom carpal tunnel sebelum dibedah oleh pakar bedah di PPUM baru-baru ini.


SHAH ALAM – Lazimnya sesuatu pembedahan itu dibuat setelah memberikan anestetik atau bius untuk ‘menidurkan’ pesakit.

Namun, beberapa pakar dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) mencatatkan sejarah apabila kajian mereka berjaya merintis pembedahan yang didakwa pertama di Malaysia menggunakan terapi hipnosis tanpa memerlukan bius.

Pembedahan untuk penyakit saraf pergelangan atau dikenali sebagai sindrom carpal tunnel itu dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada November tahun lalu.

Pakar yang terlibat dalam pembedahan itu ialah pensyarah perubatan yang juga pakar perunding ortopedik, Prof. Datuk Dr. Tunku Sara Tunku Ahmad Yahaya dan pakar bedah ortopedik, Dr. Terence Tay Khai Wei dengan kerjasama pakar hipnosis klinikal, Dr. Alan Soh @ Abdul Hanan.

Melalui teknik baharu itu, menurut Alan, pesakit dibedah selepas mereka larut dalam khaya­lan dengan menumpukan pandangan kepada satu titik fokus sama ada pada tapak ta­ngan pesakit, dinding, kerlipan lampu pendingin hawa, mata atau tapak tangan pakar hipnoterapi.

Sindrom carpal tunnel merupakan penyakit di pergelangan tangan disebabkan saraf median pada tangan tersepit.

Alan yang juga Presiden Malaysian Society of Clinical Hypnosis berkata, dalam pembedahan tersebut, tiada sebarang bius digunakan.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!