Zizan lancar Zizan Mart pertama di Kelantan

18/08/2015 3:29pm

KOTA BHARU - Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak hari ini merasmikan pembukaan kedai serbaneka pertama miliknya yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Memilih nama Zizan Mart sebagai nama untuk kedai serbanekanya, jelas Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31 lebih banyak cawangan bakal dibuka di negeri ini kelak.

"Saya memilih Kelantan kerana dilihat banyak perniagaan berkembang di negeri ini. Kelantan juga merupakan negeri pusat bagi bahagian Pantai Timur.

"Selain itu, harapan saya tentunya untuk membuka lebih banyak cawangan dengan tawaran harga yang berpatutan serta menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sini.

Tambah Zizan lagi, impian dan hasratnya untuk membuka sebuah kedai serbaneka akhirnya tercapai.

Sementara itu, majlis perasmian Zizan Mart turut disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. - K! ONLINE