Peminat mendoakan Wan Sharmila terus berhijab


WAN SHARMILA


SEJUK mata memandang, itu ungkapan yang terpacul daripada mulut teman lama Diva, Cik Kuntum Parabola ketika melihat Instagram pelakon jelita, Wan Sharmila yang memuat naik gambarnya berhijab sejak kebelakangan ini.

Kata Cik Kuntum, Wan Sharmila tampak ayu dan kecantikannya cukup terserlah apabila menggayakan tudung sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri di Brunei dan ketika membuat tahlil 40 hari pemergian ibu tercinta pada minggu lalu. Bukan main manis lagi wajah Wan Sharmila.

Berkesempatan melihat Instagram pelakon itu baru-baru ini, Diva melihat ramai peminat yang memuji setiap gambarnya yang bertudung.


Wan SHARMILA memuat naik gambar berhijab di Instagram miliknya


Lebih mengujakan, rata-rata peminat turut mendoakan agar selebriti pujaannya terus berhijab dan istiqamah.

Kalau betul Wan Sharmila dah pakai tudung, Diva tumpang gembira sebab seorang lagi artis cantik kita berhijab dan harapnya makin ramai peminat dunia hiburan terutamanya wanita memilih untuk bertudung.

Diva: Tak faham Diva dengan perangai seorang pelakon bertudung berusia 24 tahun kelahiran Kelantan yang dikatakan suka merampas kebahagiaan orang lain. Sudah-sudahlah mengatal!