Tuduhan tudung Neelofa tiru jenama lain tiada bukti


NEELOFA (kiri) memakai tudung jenama Nealofar Hijab yang didakwa ditiru daripada tudung SugarScarf (kanan).


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, 26, memberitahu, dakwaan seorang pemilik jenama tudung SugarScarf yang mengatakan rekaan produknya, Naelofar Hijab, adalah tiruan sebagai satu tindakan yang terburu-buru.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, pihaknya sudah menawarkan jalan penyelesaian yang lebih berhemah namun tidak diendahkan oleh pemilik jenama tudung tersebut.

“Dia (pemilik jenama tudung tersebut) ada menghubungi saya berkenaan hal dakwaan peniruan produk miliknya dan saya mengusulkan agar dia berjumpa pihak peguam syarikat saya untuk menyelesaikan perkara itu.

“Namun permohonan saya ditolak dan dia telah membuat keputusan membawa hal ini ke laman sosial sehingga menjadi kecoh seperti ini,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Neelofa berkata, sekiranya apa yang didakwa oleh pihak berkenaan disertakan de­ngan bukti kukuh, syarikatnya sedia membuat perbincangan agar isu itu boleh ditamatkan.

Bekas pengacara rancangan Nona itu memberitahu, pihak peguamnya sentiasa terbuka kepada perbincangan namun sehingga kini tiada sebarang panggilan diterima daripada pihak berkenaan untuk berjumpa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.