Lebih sihat dengan produk Cuckoo

KIAN CHOON (kiri) dan Brian berazam untuk menggalakkan orang ramai menjalani gaya hidup sihat dengan menggunakan produk Cuckoo.


JENAMA Cuckoo mungkin kedengaran asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, Cuckoo merupakan satu jenama produk barangan rumah yang cukup terkenal di Korea Selatan.

Antara produk popular keluaran syarikat Cuckoo Electronics Co. Ltd. itu ialah periuk nasi yang menguasai 74 peratus pasaran di sana.

Penulis bersama 30 wakil media Malaysia dibawa terbang ke Korea Selatan oleh Cuckoo untuk menyaksikan pelantikan aktor Kim Soo-hyun sebagai duta terbaharu jenama itu.

Selain itu, majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Cuckoo Electronics Co. Ltd. (Korea) dan Cuckoo International (Malaysia) membuktikan pengaruh produk berkenaan di negara itu.

Kesemua hotel dan restoran yang dilawati oleh media Malaysia menggunakan periuk nasi jenama Cuckoo. Antara fakta yang menarik ialah satu unit periuk nasi Cuckoo terjual setiap 10 saat manakala penapis airnya pula terjual setiap dua minit.

Perkara itu membuktikan bahawa Cuckoo merupakan jenama barangan rumah yang popular dan berkualiti tinggi. Disebabkan kekuatan itu, Ketua Pegawai Operasi Cuckoo di Korea Selatan, Brian Koo yakin untuk meluaskan pasaran di Malaysia.

“Walaupun Malaysia sedang bergelut dengan cabaran ekonomi, kami tetap memberikan sokongan kepada Cukcoo Malaysia. Kami yakin bahawa pengguna di Malaysia cukup mementingkan gaya hidup sihat. Kesemua produk kami cukup berkualiti daripada segi menjaga kesihatan dan juga inovasi untuk penggunaan,” kata Brian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, dalam tempoh 10 bulan produk berkenaan bertapak di Malaysia, jenama tersebut berjaya membuka 37 cawangan di seluruh negara.

Ini termasuk 16 stor jenama di pusat beli-belah, 14 pusat servis, empat agensi jualan serta enam stor jenama akan dibuka dalam tempoh dua bulan akan datang.

Sebelum ini, hanya penapis air Cuckoo boleh didapati di Malaysia tetapi bermula bulan lalu, dua model periuk nasi iaitu Black HN10 (14 cara masakan) serta Red N06 (12 cara masakan) telah memasuki pasaran tempatan. Ia dijual secara runcit pada harga RM2,650 dan RM1,370 setiap satu.

Istimewanya, periuk nasi Cuckoo dilengkapi empat teknologi utama iaitu algoritma pintar, masakan menggunakan tekanan, teknologi pemanasan dan teknologi salutan. Mungkin ramai yang mempersoalkan harga periuk nasi yang agak mahal tetapi ia boleh digunakan lebih daripada memasak nasi.


POPULARITI dan karisma yang dimiliki Soo-hyun antara faktor utama dia dipilih sebagai duta produk Cuckoo selama setahun.


Bagi menggalakkan orang ramai mengekalkan gaya hidup sihat, Cuckoo telah memperkenalkan skim sewaan yang pertama untuk periuk nasi di pasaran melalui model Red M10 (12 cara masakan). Hanya RM50 sebulan, pengguna akan dapat menikmati standard cemerlang periuk nasi pelbagai guna Cuckoo.

“Kami merupakan yang pertama memperkenalkan skim sewaan untuk periuk nasi. Pengguna hanya membayar untuk harga sewaan, segala servis dan kerosakan akan ditanggung oleh pihak syarikat sepanjang kontrak sewaan,” kata Kian Choon yang turut membuka cawangan Cuckoo di beberapa pusat beli-belah terkenal seperti Mid Valley, Kuala Lumpur dan One Borneo, Sabah.

Bercakap tentang perbezaan penapis air terbaharu model Jazz yang dilancarkan di Korea Selatan baru-baru ini, Kian Choon menjelaskan, ia memiliki sistem pensterilan elektrolisis luar dan dalam pertama di dunia.

Direka sebagai penapis air Cuckoo yang terkecil, ia bukan sahaja mempunyai rekaan menarik, selamat digunakan tetapi juga bakal menjimatkan ruang dapur anda.

Bakteria

Tambah Kian Choon, ramai pengguna beranggapan, mereka selamat apabila menggunakan penapis air, walhal terdapat 500,000 jenis bakteria yang wujud di dapur dan pili air andai tidak dibersihkan dengan sempurna.

Justeru, penapis air model Jazz mempunyai keupayaan pembersihan secara steril dari pili hinggalah ke saluran keluar penapis air secara automatik atau manual.

“Ia bertepatan dengan kempen Cuckoo Malaysia iaitu air mesti ada standard. Pengguna harus bijak memilih penapis air yang sesuai dengan keperluan mereka.

“Tidak guna jika miliki penapis air paling mahal tetapi aspek kebersihan diabaikan. Penapis air Jazz mampu menyingkirkan 99 peratus bakteria dan virus serta menepati kualiti air mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” ujar Kian Choon yang mula membawa masuk penapis air model berkenaan sekitar bulan ini.

Selain itu, jenama Cuckoo di Korea Selatan turut memiliki rangkaian produk seperti kerusi urut, alat pemanggang elektrik, periuk belanga, vakum, mesin pembasuh pinggan, penapis udara dan pendingin hawa.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web www.cuckoo.com.my.