Serangan Paris: Perancis darurat, lebih 158 orang maut

14/11/2015 10:03am


MAYAT mangsa serangan ganas bergelimpangan di tepi jalan raya di Paris awal pagi ini. Foto: AP


PARIS - Perancis digegarkan dengan adegan tembak-menembak, letupan dan tawanan tebusan di beberapa kawasan di Paris awal pagi tadi.

Presiden Perancis, Francois Hollande menyifatkannya ia sebagai serangan pengganas terburuk terhadap negaranya.

Dalam sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat Kabinet tergempar, Hollande mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan semua pintu sempadan ditutup.

"Serangan pengganas ketika ini dalam skala besar sedang berlaku di wilayah Paris," katanya.

"Ramai mangsa terbunuh dan cedera, ia amat menakutkan," katanya.

Sementara itu, kumpulan pengganas menyerang restoran, bar dan dewan konsert, stadium bola sepak dan beberapa lagi lokasi di bandar raya sehingga mengorbankan lebih 158 kematian setakat ini. - Agensi