Lima pemenang ungguli HSPM


MAHDZIR (tengah) dan Awang (tiga dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada Majlis Penyampaian HSPM di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembagan malam tadi.


KUALA LUMPUR – Lima penulis mengungguli Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014 apabila diumumkan sebagai pemenang utama anugerah itu pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera 2014 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

Mereka ialah Razali Endun bagi kategori novel, Mohamed Ghozali Abdul Rashid (cerpen), Ahmad Muzaffar Baharudin (puisi), Dr. Mohammad Saleeh Rahamad (kajian sastera) dan Dr. Mohamed Salleh Lamry (autobiografi).

Para pemenang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.