Maria dakwa difitnah anak tiri


MARIA menafikan dia menghasut suaminya agar mengabaikan kebajikan empat anak tiri mereka.


KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Datin Maria Farida, 47, mendakwa dirinya difitnah oleh anak tiri sendiri yang menuduh dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur, 63, agar mengabaikan kebajikan empat anak tiri mereka.

Pelakon filem Bisikin Asmara itu, turut menafikan dakwaan anak tirinya, Nurshazleen Anis, 28, yang mendakwa dia telah berubah sikap selepas berkahwin dengan Rahman hampir dua bulan lalu.

Menurut artikel yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan semalam, Maria dituduh berbuat demikian kerana Nurshazleen dan tiga adiknya, Wan Natasha, 22, Damia Caldia, 16, dan Cahaya Nilam, 14, juga merupakan anak tiri Rahman.

Empat beradik itu adalah anak kepada bekas isteri Rahman, Karen Rahman, 44, dengan suami terdahulu.

Nurshazleen mendakwa bapa tirinya itu, hanya mahu menjaga dua zuriat kandungnya, Nur Aisyhea Rahman, 10, dan Qalif Ryan, 6, yang merupakan anak hasil perkahwinan Rahman dan ibunya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.