Bekas murid SK Padang Menora bertemu semula


SEBAHAGIAN bekas murid SK Padang Menora, Butterworth, Pulau Pinang bergambar pada majlis pertemuan semula di Restoran Route 69 Pantai Robina Park, Teluk Air Tawar baru-baru ini.


KENANGAN. Seramai 26 orang bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, Butterworth, Pulau Pinang berkesempatan untuk berjumpa semula di Restoran Route 69 Pantai Robina Park, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang baru-baru ini.

Perjumpaan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan salah satu inisiatif bekas murid berkenaan untuk bertemu semula selain berkongsi pengalaman masing-masing selepas meninggalkan sekolah tersebut 27 tahun lalu.

Lebih manis, majlis perjumpaan semula itu turut dihadiri empat orang bekas guru yang pernah mengajar di sekolah berkenaan.