Keseimbangan kualiti, komersial AJL 30

Bukan satu kejutan apabila Potret yang dipertaruhkan oleh Akim & The Majistret dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30). Hal ini kerana, jauh melihat daripada sekadar persembahan bertenaga dan penuh usaha yang ditampilkan kumpulan tersebut pada pentas final itu, Potret mempunyai susunan muzik dan lirik lagu yang kuat.

Justeru, apabila juara menjadi milik tujuh anak muda yang menggerakkan Akim & The Majistret, tidak ada pertikaian besar mengenai pemarkahan dan penilaian juri yang diamanahkan pada anugerah berprestij tersebut.

Menyifatkan kemenangan mereka pada malam tersebut sebagai satu perkongsian rezeki bersama, Akim berkata, setiap daripada ahli Akim & The Majistret menyumbang idea dan kreativiti masing-masing dalam membentuk sisi kreatif mereka sebagai pelaku seni.

“Saya tidak pernah meletakkan diri sendiri sebagai sebab utama lagu Potret dipilih sebagai juara. Ini adalah kejayaan kami bersama, bukan saya seorang kerana setiap daripada kami menyumbang sesuatu untuk Akim & The Majistret dan kemenangan ini merupakan rezeki bersama,” kata Akim teruja.

Bercerita lanjut mengenai lagu ciptaannya itu, Akim atau nama lengkapnya, Afiq Hakim Ahmad, 25, berkata, dia meletakkan Potret sebagai sebuah karya istimewa kerana ia turut mendapat sentuhan daripada abang kandungnya, Afham Zulhusmi.

“Saya membuat susunan melodinya, tetapi abang (Afham) yang menulis liriknya dalam tempoh kurang lima minit.

“Walaupun Potret kedengaran seperti sebuah karya bertemakan cinta, tetapi lagu tersebut diinspirasikan daripada pengalaman abang saya yang kehilangan gurunya sewaktu masih menuntut di sebuah sekolah agama,” katanya lagi.

Selain anugerah utama, Akim & The Majistret turut membawa pulang anugerah bagi kategori Persembahan Terbaik.

Bercerita mengenai persembahan mereka yang menampilkan susun atur sebuah mahkamah sebagai props, Akim berkata, idea tersebut telah lama dirancang mereka.

“Sudah lama kami mahu menampilkan persembahan dengan props mahkamah. Kebetulan, jalan cerita yang ingin ditampilkan kali ini selari dengan idea tersebut,” jelasnya.

Berbaloi

Mengimbau kembali perjalanan Akim & The Majistret dalam industri muzik tempatan, kejayaan yang digenggam kumpulan yang turut dianggotai oleh Hafiz, Fairuz, Zimi, Wan dan Ajiji itu tidak hadir secara percuma.

Ironi, mereka juga pernah kecundang pada peringkat separuh akhir AJL29 apabila lagu Mewangi yang dicipta oleh Aiman gagal ke peringkat akhir tahun lalu.

Menyifatkan kemenangan yang diterima pada AJL30 sebagai satu ganjaran yang berbaloi, Akim berkata, dia berasa terharu kerana dalam tempoh setahun, karya ciptaannya mula diberikan perhatian.

“Dengan kemenangan dan pengiktirafan ini, saya berharap dapat mengekalkan prestasi sebagai penyanyi dan komposer baharu pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Mesej

Satu hal yang pasti, sebelum AJL30 berlangsung, ramai yang menjangkakan lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir bakal dinobatkan sebagai juara. Lirik lagu tersebut relevan dengan situasi dunia yang tidak pernah berhenti daripada peperangan. Justeru, kekuatan utama Assalamualaikum terletak pada melodinya yang bersifat kontemporari.

Namun, penyanyi yang dilahirkan menerusi program One In A Million musim pertama itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan juri yang meletakkan Assalamualaikum di tangga naib juara.

Mengakui menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Faizal berkata, penglibatannya dalam AJL adalah lebih daripada mempertandingkan karya nyanyiannya.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu ini tidak diumumkan sebagai juara. Apa yang penting adalah mesej yang terkandung dalam lagu dapat diterima dengan baik oleh pendengar.

“Pada tahap dan umur sekarang, saya lebih suka melakukan perkara yang dapat memberi manfaat kepada komuniti. Saya berharap agar lagu Assalamualaikum memberi impak positif kepada pendengar,” ujar Faizal yang mencipta lagu tersebut bersama komposer Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok.

Sementara itu, kumpulan Caliph Buskers turut melahirkan rasa syukur kerana dipilih sebagai pemenang tempat ketiga AJL30 menerusi lagu Hanya Nama Mu.

“Tahun lalu, kami yang menyanyikan lagu Romancinta bagi pihak kumpulan Mojo memenangi kategori Persembahan Terbaik.

“Alhamdulillah, tahun ini rezeki lebih murah dan kami berjaya mendapat tempat ketiga,” ujar mereka yang turut berterima kasih kepada komposernya, Edry Abdul Halim.

Sengit

Bercakap mengenai proses penjurian, ketua juri AJL30, komposer Azmeer berkata, pemilihan lagu Potret sebagai juara dilihat bertepatan memandangkan komposisi dan susunan lagu tersebut mencerminkan sebuah karya yang berkualiti.

“Sejujurnya, lagu-lagu lain yang bertanding mempunyai kehebatan tersendiri.

“Namun, cara garapan lagu Potret lebih baik berbanding karya lain dan ia membolehkan lagu tersebut menjuarai AJL30,” katanya.

Tahun lalu, AJL29 mencetuskan kejutan apabila menobatkan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne sebagai juara. Pengiktirafan tersebut juga menjadikan Apa Khabar sebagai lagu hip-hop pertama yang menjuarai anugerah berprestij tersebut.

Ditanya adakah penjurian AJL kembali ke takuk lama apabila meminggirkan lagu-lagu berentak moden seperti Bukan Hal Aku nyanyian Kaka Azraff dan Aliff serta Not For Sale (Stacy dan Altimet), Azmeer berkata, pemilihan juri adalah berdasarkan melodi lagu yang mampu menarik minat pendengar.

“Tiada masalah untuk menyuntik elemen baharu ke dalam lagu, asalkan hasil akhirnya sedap dan diterima dengan baik oleh pendengar,” katanya lagi.

Selain Akim & The Majistret, Faizal Tahir dan Caliph Buskers, penyanyi Dayang Nurfaizah turut memenangi anugerah bagi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Tak Pernah Menyerah.

Dayang berjaya mempertahankan gelaran tersebut dua tahun berturut-turut selepas memenangi kategori yang sama menerusi lagu Di Pintu Syurga tahun lalu.

Sementara itu, dua ikon seni yang bertanggungjawab memperkenalkan Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL), iaitu Tan Sri Ahmad Othman Merican dan Datuk Ooi Eow Jin, yang mencipta lagu tema program muzik popular ini dianugerahkan trofi khas.

Dihoskan oleh Fara Fauzana dan AG, AJL30 secara keseluruhan berjalan dengan ‘bersih’. Kemenangan yang diumumkan berada dalam radar sesuai, sementelah sebelum ini terdapat pertikaian beberapa karya yang ikut bersaing pada final dilihat seperti tidak mencapai piawaian.

Mereka pernah tersungkur pada peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu Ke-29 tahun lalu selepas lagu Mewangi gagal mara ke pentas final. Namun, kegagalan tersebut berjaya ditebus oleh Akim & The Majistret apabila lagu Potret dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-30 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Ahad lalu.

Assalamualaikum di tangga naib juara.