Lima hari tayangan, Munafik kutip RM3 juta

01/03/2016 1:46pm

Syamsul


KUALA LUMPUR - Memasuki hari kelima tayangan, filem seram Munafik karya Syamsul Yusof sudah mencatat kutipan sebanyak RM3 juta.

Menurut Syamsul, dia tidak menyangka filem seram kedua arahannya itu akan mendapat sambutan luar biasa tidak hanya daripada penonton di negara ini bahkan di Brunei dan Singapura.

"Selalunya pada hari Isnin, tayangan filem akan sedikit kurang sambutan sebab orang sudah mula bekerja. Tetapi, Alhamdulillah kutipan filem Munafik terus mencanak naik daripada RM2.3 juta pada Ahad lalu kepada RM3 juta.

"Bahkan, sambutan baik yang diterima tidak hanya daripada penonton di negara ini tetapi juga dari negara jiran Brunei dan Singapura yang rata-ratanya memberi respons positif mengenai Munafik," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. - K! ONLINE