Isuzu D-Max Beast dibuka untuk tempahan



ISUZU Malaysia baru-baru ini melancarkan trak pikap edisi terhad terbaharu keluaran mereka iaitu Isuzu D-Max Beast.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka berkata, hanya 360 unit jentera berkenaan ditawarkan di pasaran negara ini.

"Karekter Isuzu D-Max yang kukuh benar-benar diserlahkan pada rekaan Isuzu D-Max Beast. Penampilannya yang tersendiri dan ekspresif, digabungkan dengan skim warna kontras nyata menyerlahkan gayanya yang berani dan individualistik.

"Ia pasti menarik perhatian di mana sahaja ia pergi," katanya kepada pemberita dalam satu majlis.

Isuzu D-Max Beast boleh didapati dengan transmisi automatik 4x4 dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 2.5 liter atau 3.0 liter.

Ia sudah berada di semua bilik pameran Isuzu di seluruh negara.

Untuk senarai penuh pengedar, orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-88-1133 atau layari laman web www.isuzu.net.my/beast.