Daun ketum celup tepung


DAUN ketum celup tepung yang digoreng menjadi salah satu kaedah baharu pengedaran daun ketum di pasaran. - Gambar hiasan


ALOR SETAR – Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilaporkan menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, pihaknya berjaya mengesan kegiatan tersebut dilakukan di Pulau Pinang.

“Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam bancuhan tepung dan kemudian digoreng sebelum dimakan seperti snek,” katanya di sini semalam.

Mohamed berkata, pihaknya khuatir kaedah penyalahgunaan daun ketum tersebut akan merebak ke Kedah yang mempunyai kawasan tanaman pokok ketum terbesar di negara ini.

“Kita khuatir produk baharu ini menjadi satu langkah untuk menguji pasaran sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

“Pihak terbabit mungkin mahu membuat kajian terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada ia (daun ketum celup tepung) terdapat permintaan tinggi atau tidak,” katanya.

Mohammad Nazer berkata, pihak AADK telah menyarankan agar kerajaan segera meletakkan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.