Sentuhan sofistikated IRene De’touch


Wajah pengantin tampak berseri selepas disolek IRene De’touch.


Perkhidmatan jurumekap kini semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat ekoran wujudnya pelbagai jenis acara yang memerlukan khidmat golongan tersebut.

Sudah tentulah, antara acara yang paling memerlukan perkhidmatan jurumekap ialah majlis perkahwinan kerana bukan sahaja pengantin yang perlu disolek, malah pengapit juga perlu tampak sempurna pada majlis berkenaan.

Bagi orang ramai yang memerlukan perkhidmatan jurumekap, Shah Irene Fariena Shahimi, 31, dari Kuantan, Pahang ada menawarkan perkhidmatan tersebut.

Dia yang bergerak di bawah label IRene De’touch berkata, solekan yang ditawarkannya dikhususkan untuk beberapa jenis acara iaitu minum petang, makan malam, solekan pengapit, bertunang, pernikahan, persandingan, bertandang serta sesi bergambar studio.

“Disebabkan operasi saya lebih tertumpu di sekitar Kuantan, harga solekan yang saya tawarkan lebih rendah berbanding di Lembah Klang iaitu bermula RM200 sahaja.


Irene Fariena membantu pelanggannya mengenakan tudung selepas selesai bersolek.


“Ia bagi memastikan setiap wanita berpeluang untuk disolek dan kelihatan cantik untuk apa jua acara yang bakal dihadiri oleh mereka,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Shah Irene Fariena memberitahu, sebagai contoh, dia mengenakan kadar antara RM150 hingga RM200 bagi solekan pengapit manakala solekan untuk majlis makan malam berharga antara RM200 hingga RM250.

Selain itu, katanya, bagi solekan pengantin, dia menawarkan harga serendah RM350 sahaja, yang mana peralatan solek berjenama MAC digunakan bagi tujuan tersebut.

“Saya menggunakan jenama itu kerana ia kini mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Bagaimanapun, saya juga menawarkan harga yang lebih rendah iaitu antara RM180 hingga RM230 sekiranya pelanggan tidak mahu menggunakan alat solek jenama itu.

“Namun, ia jarang berlaku kerana rata-rata pelanggan mahu disolek menggunakan peralatan daripada jenama berkenaan,” ujarnya

Sementara itu, Irene berkata, teknik solekan yang digunakannya banyak dipengaruhi oleh jurusolek terkenal seperti Nvdism, FerraRossa serta Syedewa memandangkan mereka merupakan idolanya.


SEORANG pelanggan menggayakan solekan IRene De’touch pada satu majlis formal.


Dalam pada itu, katanya, walaupun berpusat di Kuantan, perkhidmatannya tidak hanya tertumpu di kawasan itu sahaja kerana dia turut mengambil tugas sebagai jurusolek di luar negeri Pahang, antaranya Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, apabila melibatkan tugas di luar negeri, sudah tentulah harga perkhidmatan yang ditawarkan sedikit berbeza kerana ia turut melibatkan kos pengangkutan dan lain-lain.

“Selain bergerak secara sendiri untuk mendapatkan pelanggan, saya juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa butik pengantin di Kuantan bagi mempromosikan perkhidmatan ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat IRene De’touch boleh menghubungi talian 012-284 2209 atau melayari laman Instagram @irene_shahimi.