Penantian jodoh Janna Nick


JANNA NICK


SELEPAS berakhirnya kisah percintaan antara Mia dan Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku, TV3 bakal mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri baharu bertajuk Biar Aku Jadi Penunggu buat jutaan peminat setia slot Akasia.

Drama 28 episod terbitan Saphire Screen dan arahan daripada Michael Ang itu membariskan pelakon hebat seperti Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Octovia Manrose, Shah Tapaw dan Fahmy Reza.

Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick)yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, sepertimana yang dijanjikan kepadanya. Kekeliruan mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya sepanjang keluar negara sehingga.

Menambah konflik, kehidupan Ifaat lebih berdilema apabila dia mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya.

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanah air bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumah tangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.

Mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu? Lakonan Janna Nick dan Ashraf Muslim dalam drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bermula disiarkan pada 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3.