Hafidz Roshdi bakal timang cahaya mata



Selepas pelakon Saharul Ridzwan membuat pengakuan bakal menimang cahaya mata, kini giliran pelakon Hafidz Rosdhi pula dikatakan bakal bergelar bapa.

Seingat Diva, sepanjang tahun ini ramai sungguh pasangan selebriti yang menerima kehadiran cahaya mata seperti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, Misha Omar dan Firroz Ezzwan Rosly, Shukri Yahya dan Tya Adnan serta Fahrin Ahmad dan Elena Hani Eleas.

Maka, pada 2017 kita sekali lagi menyaksikan pasangan-pasangan selebriti lain yang menyambut cahaya mata seperti Saharul dan Deena Emir, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin serta Hafidz dan pasangannya.

Bukan apa, tiga hari lepas Diva terperasan sekeping gambar yang dimuat naik hero Mr. Donat Karamel itu dalam Instagram. Hafidz menulis kapsyen ‘Berlatih menjaga Haseef, nanti kami pula. Insya-Allah’. Namun, apa yang lebih menarik perhatian Diva adalah lirikan mata Hafidz yang bukan memandang pada kanak-kanak bernama Haseef itu tetapi ke arah perut isterinya. Malah, isterinya yang bernama Nurul Shuhada itu juga memandang perutnya.

Haseef merupakan adik kepada Hafidz.

Diva dengar-dengar juga isteri Hafidz sejak kebelakangan ini kerap muntah-muntah, namun belum ada pengesahan mengandung kerana mereka belum berjumpa doktor.

Apa-apa pun, jika betul mengandung Diva ucapkan tahniah dan semoga kandungan membesar dengan sihat.

Diva: Dengarnya bekas suami Kak Lina Pom Pom, Azmi Hatta kini sedang sibuk memilih tarikh sesuai untuk berkahwin dengan Faye Kusairi.