Pelaburan tipu di Mekah, Madinah


SHEIKH SAIDEY dan isteri, Sofia dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan.


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan penipuan pelaburan program Islamic Hotel di Mekah dan Madinah melibatkan kerugian hampir RM600,000, dua tahun lalu.

Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 43, manakala­ isterinya Sofia Affendi, 42, masing-masing didakwa dengan dua pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Sheikh Saidey didakwa melakukan kesalahan me­nipu dan memperdaya seorang ahli perniagaan, Raja Farhana Raja Ali, 36, de­ngan menawarkan pelaburan pajak bilik hotel di Mekah dan Madinah, yang mana mangsa­ kemudian menyerah­kan sekeping cek bernilai RM314,535.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa me­lakukan kesalahan yang sama sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM282,616.73 kepada tertuduh.

Sheikh Saidey didakwa melakukan kedua-dua ke­salahan tersebut di sebuah Restoran Remaja Bandar Baru Uda, Jalan Tampoi, di sini pada bulan April 2015 antara pukul 8.30 hingga 11 malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.