Pengunjung cemas bangunan bergegar 10 saat


Pegawai di Jabatan Penerangan Sabah, Iskandar Ismail menunjukkan kesan retakan akibat gegaran di Wisma Dang Bandang selepas kejadian gegaran yang dirasai di Kota Kinabalu semalam.


LIMBANG - Ribuan pengunjung di Plaza Limbang dan Hotel Purnama berdepan detik cemas selepas mereka merasai gegaran selama 10 saat di bangunan itu akibat gempa bumi yang melanda melanda Laut Celebes, 466 kilometer Timur Laut, Sabah petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.13 petang itu, semua pengunjung panik berikutan bangunan berkenaan bergegar kira-kira 10 saat menyebabkan masing-masing cuba lari keluar bagi menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.21 petang memaklumkan mengenai gegaran tersebut.

"Anggota bomba segera dikerah ke lokasi bagi menjalankan pemantauan di kawasan sekitar.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda ekoran gegaran tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.