Tsunami Jamilah di Bumi Kenyalang


WARGA emas, Mina Kalum, 86, menggantung bendera Barisan Nasional di beranda Rumah Panjang Kampung Puah, Tanjong Datu menjelang hari pengundian esok.


JIKA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada Mei tahun lalu, rakyat di Bumi Kenyalang dilanda fenomena 'Adenan', maka skrip yang sama dijangka melanda penduduk di kawasan Lundu dan Sematan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Kali ini, tsunami Jamilah dijangka melanda penduduk di konstituensi tersebut apabila calon Barisan Nasional (BN) itu diramal bakal meraih kemenangan bergaya dalam pilihan raya kecil yang berlangsung esok.

Perkara tersebut diakui oleh penganalisis politik yang meramalkan Puan Sri Jamilah Anu tidak akan berdepan masalah besar untuk mempertahankan kubu kuat BN yang disandang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr. Jeniri Amir berkata, meskipun pertama kali bertanding dalam pilihan raya kecil, Jamilah yang turut memiliki aura luar biasa itu pasti menjadi pilihan pengundi di situ.

Menurutnya, ayunan sokongan para pengundi BN terhadap arwah Adenan sebelum ini pasti akan beralih kepada Jamilah pula.

“Saya yakin calon BN boleh menang melebihi 90 peratus di kesemua 15 daerah mengundi di kawasan Tanjong Datu. Kejayaan esok merupakan tsunami yang bakal mengubah landskap politik di kawasan berkenaan.

“Keyakinan ini berdasarkan kepada rekod keperibadian Jamilah yang dilihat cukup merendah diri, peramah, mesra rakyat dan memahami aspirasi rakyat di Tanjong Datu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.