Ibu kelar bayi didakwa


Fadilah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan membunuh bayinya bulan lalu.


KOTA BHARU – Seorang wanita yang dituduh mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan dengan pisau pemotong sayur hingga mati di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan Kok Lanas di sini pada awal bulan ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh, Fadilah Mohd. Zain, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azrul Hasyimi Muhammad.

Bagaimanapun, tiada se­barang pengakuan direkod­kan daripada wanita terbabit yang dilihat tenang se­masa mendengar pertuduhan tersebut.

Turut hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding itu ialah suami tertuduh bersama ahli keluarganya.

Ketika prosiding ditangguhkan selama kira-kira 20 minit, suasana bertukar hiba apabila keluarganya datang memeluk Fadilah sambil mengalirkan air mata termasuk dua anaknya berusia enam dan 11 tahun.

Mengikut pertuduhan, Fadilah didakwa membunuh Nur Areesa Sofea Jiry di dalam sebuah rumah beralamat di Blok 1381-8, Tingkat 2 Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan Kok Lanas di sini di antara pukul 1 hingga 2 petang, 4 Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.