Suami isteri lepas tanpa bebas edar dadah

17/02/2017 1:07pm

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan sepasang suami isteri terhadap dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Abdullah membuat keputusan tersebut terhadap Shahrizal Said, 40, dan Zarimah Yusof, 37, setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu dituduh secara bersama memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 3.97 gram dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka dituduh memiliki 578 gram kanabis dan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mereka dituduh melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di No.15 Changkat Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat sini, pukul 4.15 pagi pada 5 Januari 2015.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamdzah Othman manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon. - Bernama