Ary Malik menderita kanser ovari


Gambar Ary Malik bersama keluarga.


Diva suka tengok program realiti masakan terkenal, MasterChef Malaysia musim pertama yang memaparkan setiap peserta menonjolkan bakat masing-masing. Tidak sangka juga pelakon, Ary Malik handal memasak.

Walaupun tidak berjaya bergelar juara, namun penyertaannya dalam program realiti itu secara tidak langsung dapat mengubat rindu peminatnya. Ketika itu, doktor gigi, Ezani Farhana ditabalkan sebagai juara, manakala program berkenaan turut disertai oleh Nik Michael yang kini mempunyai restoran sendiri.

Berbalik cerita Ary, Diva tengok agak sepi juga kisah dia selepas habis program yang disiarkan pada Oktober 2011 hingga Januari 2012. Kali terakhir Diva ada terbaca yang Ari mahu menerbitkan buku masakan dan membuka restoran.Tidak pasti pula berjaya atau tidak impiannya itu.

Namun, beberapa hari lalu, alangkah terkejutnya Diva bila diberitahu yang Ary rupa-rupanya menderita penyakit kanser ovari tahap empat. Menurut suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, Ary dimasukkan ke hospital Ampang pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah. Dia mula tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.

Kata Shahrul Nizam, isterinya mengalami sakit di perut kira-kira setahun lalu dan selepas menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan (Wangsa Maju) pada Mei lalu, doktor mengesahkan dia menghidap kanser ovari.

Ekoran itu, sejak Jun tahun lalu, Ary menjalani kimoterapi hinggalah dibawa ke Hospital Ampang selepas keadaannya semakin kritikal. Doktor turut mengesyaki Ary juga menghidap tumor dipercayai merebak ke kepalanya.

Diva: Fathia kata nak contohi sikap baik Uqasha. Jadi jangan menilai seseorang dari segi pemakaiannya.