Minuman pencerahan premium Pearl White Pinky Plus


Artis terkenal, Raja Ema merupakan pengguna setia Pearl White Pinky Plus.


Pearl White Pinky Plus merupakan salah satu daripada produk berkualiti premium yang dikeluarkan oleh Jamu Jelita bagi pengguna lelaki dan wanita di negara ini.

Khasiat yang terkandung dalam minuman kesihatan berkenaan membuatkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan tersebut, sekali gus membuka jalan bagi Jamu Jelita untuk menghasilkan Pearl White Pinky Plus dalam bentuk pek jimat.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, pek jimat yang dijual pada harga RM39.90 itu telah berada di pasaran sejak awal bulan lalu.

Menurut beliau, produk yang bersaiz 400 gram itu turut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna yang mana 100,000 botol telah dijual sejak ia mula berada di pasaran.

“Pearl White Pinky Plus boleh bertahan sehingga tiga minggu bergantung kepada cara penggunaan. Bagi yang bersaiz satu kilogram pula, ia boleh digunakan sehingga dua bulan.

“Produk kami itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna kerana ia memiliki pelbagai khasiat untuk tubuh badan, selain rasanya yang sedap menjadikan Pearl White Pinky Plus digemari terutamanya oleh golongan belia,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Sementara itu, Siti Maryam berkata, produk yang boleh digunakan oleh pengguna berusia seawal 15 tahun itu mengandungi pelbagai jenis beri yang tinggi kandungan antioksidan.

Menurutnya, antara beri yang digunakan sebagai material bagi Pearl White Pinky Plus ialah maqui beri, goji beri, strawberi, ekstrak manggis serta pelbagai ramuan terbaik bergred tinggi.

“Bukan itu sahaja, minuman kesihatan itu juga mengandungi tomato yang diketahui mempunyai khasiat berguna untuk kulit.

“Bagi mereka yang menggemari tomato, anda tidak perlu memotong dan menampalnya pada kulit muka sebagai masker. Ini kerana antara cara terbaik untuk mendapatkan khasiat tomato adalah dengan menjadikannya dalam bentuk minuman,” katanya.

Beliau berkata, produk itu turut mengandungi vitamin C dan garcinia cambogia yang berguna untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan, sekali gus membantu sistem pencernaan pengguna.

Menurut Siti Maryam, penggunaan garcinia cambogia juga menjadikan minuman kesihatan itu bersifat lebih premium berbanding satu lagi produk keluaran mereka iaitu Pearl White Putih Mulus.

“Produk itu mempunyai kesan berganda yang dapat dirasai pengguna dalam masa yang singkat, namun bertahan untuk tempoh yang lama.

“Ini bermakna, walaupun pengguna tidak lagi meminum Pearl White Pinky Plus, kesannya masih lagi dapat dirasai oleh pengguna,” katanya.

Siti Maryam menjelaskan, pengguna cuma perlu mengambil satu sudu Pearl White Pinky Plus dengan 150 mililiter air dan goncangkannya dengan menggunakan penggoncang atau mengacaunya di dalam gelas sehingga larut.

“Untuk kesan nutrisi yang lebih optimum, anda disarankan mengambil minuman tersebut 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam,” katanya.