Trend tunik moden The Tuniq


Koleksi tunik ini dijual bermula harga RM99.


Kebanyakan wanita yang mempunyai tubuh badan kurang menarik menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pakaian yang mampu menaikkan seri dan aura diri masing-masing.

Tidak kira sama ada yang mempunyai tubuh yang terlalu kecil atau berbadan besar, mereka hakikatnya juga mahu tampil menawan di hadapan orang ramai.

Menyedari masalah yang melanda kalangan wanita Malaysia ketika ini, jenama The Tuniq by Almas (The Tuniq) tampil dengan tunik iaitu fesyen baju ringkas dan labuh dihasilkan menggunakan fabrik yang selesa dan sesuai dengan cuaca di negara ini.

Menurut pengasas jenama The Tuniq merangkap Ketua Pegawai Operasi Butik Almas, Masliza Mohammad Ridzuan, tunik sesuai dipakai untuk majlis formal atau sekadar untuk liburan, serta ideal untuk wanita muda profesional.

“The Tuniq menghasilkan tiga jenis tunik iaitu pakaian pejabat, pakaian kasual dan pakaian formal dengan menggunakan material dan corak yang berbeza.

“Kami menitikberatkan pemilihan material dan corak. Ini kerana tidak semua corak bersesuaian dengan gaya dan bentuk badan setiap orang,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Masliza, tunik untuk pakaian pejabat sebagai contohnya, dihasilkan menggunakan material kapas bagi memberikan keselesaan dan memudahkan pergerakan wanita ketika bekerja di pejabat.

Katanya, terdapat juga tunik daripada fabrik sifon yang diperincikan dengan manik atau sulaman dan ia sesuai digayakan oleh wanita untuk menghadiri majlis formal dan acara tertentu.

“Rekaan pakaian The Tuniq telah menjalani proses pembangunan dan validasi bagi memastikan koleksi yang dikeluarkan menepati cita rasa pengguna. Rekaan yang ringkas dan minimalis menjadikan pakaian tidak nampak sarat.

“Harga koleksi The Tuniq bermula daripada RM99 sehingga RM135, bersesuaian dengan rekaan yang menarik dan kualiti premium yang dihasilkan,” katanya.

Masliza memberitahu, The Tuniq berhasrat untuk menjadi jenama tunik nombor satu di Malaysia. Bagi mencapai sasaran berkenaan, The Tuniq akan menghasilkan lebih banyak koleksi yang berkualiti pada tahun ini.

“Alhamdulillah, sebanyak 15,000 tunik daripada lebih 25 koleksi kami telah terjual sepanjang tahun 2016 dan kami jangkakan peningkatan dari segi permintaan sebanyak 50,000 helai pada tahun ini,” katanya.

Berkongsi perancangan untuk tahun 2017, Masliza berkongsi keterujaannya terhadap koleksi-koleksi The Tuniq yang bakal dihasilkan sepanjang tahun ini dan siri jelajah yang bakal diadakan di seluruh negara.


The Tuniq direka menggunakan material berkualiti premium.


Dalam pada itu, beliau berkata, jenama The Tuniq sedang mengadakan sebuah program previu Hijrah Bisnes di seluruh Malaysia dan Brunei bagi mencari rakan perniagaan baharu yang berminat untuk menjadi Dropship dan Trusted Partner di bawah jenama mereka.

“Keistimewaan menjadi Rakan Bisnes The Tuniq termasuklah tiada risiko stok tidak laku, modal yang rendah dan komisyen yang tinggi. Kami amat bersyukur kerana sambutan terhadap program Hijrah Bisnes di empat lokasi sebelum ini amat menggalakkan,” ujar beliau.

11 lagi lokasi yang bakal dikunjungi The Tuniq adalah di Kuala Lumpur pada 17 Mac, Shah Alam (18 Mac), Bangi (19 Mac), Kota Bharu (31 Mac), Kuala Terengganu (1 April), Kuantan (2 April), Ipoh (14 April), Alor Setar (15 April), Seberang Perai (16 April), Miri (22 April) dan Kota Kinabalu (23 April).

“Orang ramai yang berminat untuk hadir ke program Hijrah Bisnes boleh membuat pendaftaran secara atas talian di laman web www.hijrahbisnes.com. Maklumat lanjut mengenai Hijrah Bisnes boleh hubungi talian 017-895 2979 pada waktu pejabat atau ikuti di Facebook Hijrah Bisnes,” katanya.