Line Clear diarah tutup 14 hari

Pegawai MBPP menunjukkan kotoran yang terdapat berhampiran tempat memasak semasa membuat operasi bersama Jabatan Kesihatan negeri di restoran Line Clear, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Restoran nasi kandar popular Line Clear yang terletak di Jalan Penang di sini diarah tutup selama 14 hari ekoran penemuan bangkai seekor tikus yang hampir reput dan dihurung lalat di dalam stor simpanan barang premis itu semalam.

Selain bangkai, turut dikesan ialah beberapa ekor tikus yang berkeliaran di sekitar tempat mencuci pinggan dan di tepi bangunan premis yang sudah beroperasi lebih 87 tahun lalu.

Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri dalam satu operasi khas yang dijalankan dengan kerjasama bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mulai pukul 10.30 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Pe­lesenan MBPP, Ong Ah Teong berkata, premis itu terpaksa menghentikan sementara operasi mulai semalam berikutan faktor kebersihan serta penemuan beberapa haiwan perosak.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kami terkejut apabila menemui bangkai seekor tikus di dalam sebuah stor simpanan barang yang terletak bersebelahan dengan ruang memasak.

“Sukar kami hendak gambarkan suasana premis Line Clear ketika itu. Banyak lalat bersaiz besar menghurung bangkai tikus yang dijumpai,” dedahnya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.