Hujan lebat cetus banjir kilat di Pedas

20/03/2017 4:09pm


Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 pagi tadi menyebabkan beberapa kampung di kawasan rendah di sekitar Pedas.


REMBAU - Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 pagi tadi menyebabkan beberapa kampung di kawasan rendah di sekitar Pedas, dekat sini, dilanda banjir kilat.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Air Panas, Kampung Pedah Tengah, Kampung Batu 2, Kampung Batu 3, Kampung Pedas Hilir, Kampung Mincing Baru dan Kampung Sungai Ibor.

Selain kawasan kampung, padang Sekolah Kebangsaan Pedas juga dinaiki air.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah rumah di kampung berkenaan dinaiki air antara 0.6 hingga 0.9 meter.

Seorang mangsa banjir kilat di Kampung Air Panas, Muhammad Shafiq Abu Bakar,

31, berkata, beliau dan isteri, Nur Baizura Md. Nor, 32, menyedari air mula naik di rumahnya pada pukul 4.30 pagi. - Bernama