LHDN anjur pertandingan boling erat silaturahim

KAKITANGAN LHDN bersama ahli keluarga masing-masing merakamkan gambar kenangan selepas pertandingan boling yang bertempat di Ampang Superbowl @eCurve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini


ERAT SILATURAHIM. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini menganjurkan pertandingan boling yang bertempat di Ampang Superbowl @eCurve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih menceriakan suasana, kakitangan LHDN turut membawa ahli keluarga masing-masing termasuk bekas staf untuk bermain bersama-sama.

Program tersebut yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang dirasmikan Ketua Penolong Pengarah, LHDN cawangan Duta, Datin Noor Hayati Limat.

Penyelaras program, Muhd. Zakuan Kamaludin berkata, acara itu antara lain dapat mengeratkan silaturahim, perpaduan dalam kalangan pegawai, staf termasuk ahli keluarga.