Pelajar saman pembuli RM2 juta

INILAH Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tempat mangsa dibuli pada 2015.


KUALA TERENGGANU Seorang pelajar tingkatan empat yang menjadi mangsa buli bekas rakan sekolahnya dua tahun lalu memfailkan tuntutan saman sebanyak RM2 juta kepada sembilan defendan termasuk lima pembulinya di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Tuntutan yang melibatkan ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau yang masing-masing berjumlah RM1 juta itu difailkan remaja tersebut menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 46, melalui firma guaman Tetuan W.A Wan Adnan & Associates.

Mereka menamakan lima pembuli yang kini berusia 19 tahun, Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), Sulaiman Ngarif, bekas Pengetua Sesma, Meriam Jusoh dan Ketua Pengarah Pendidikan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kesembilan.

Berdasarkan penyataan tuntutan, mangsa yang kini berusia 16 tahun masih mengalami trauma, tekanan perasaan, hilang tumpuan belajar dan kecederaan fizikal pada telinganya disebabkan perbuatan buli tersebut yang berlaku di Sesma pada 26 April 2015.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.