Datuk Aznil Nawawi ambil alih tugas Najip Ali sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega

07/04/2017 2:39pm


AZNIL


KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi secara rasmi dipilih oleh Astro bagi menggantikan kerusi pengkritik program komedi Maharaja Lawak Mega, Najip Ali pada minggu ini.

Keputusan itu dibuat buat demi menghormati semua pihak sekali gus memeriahkan program televisyen komedi popular itu.

"Tenaga produksi Maharaja Lawak Mega telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini.

"Keputusan itu diambil demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan program Maharaja Lawak Mega untuk peminat," jelas mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Pelawak dan pengacara Najip Ali sebelum ini menerima kritikan berikutan tindakan yang menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sebuah program televisyen di Singapura. - K! ONLINE