Faye jelas isu nikah mengejut


Faye selamat bernikah dengan Azmi pada 9 April lalu.


KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Faye Kusairi mendedahkan bahawa pernikahannya dengan bekas suami penyanyi Elly Mazlein, Azmi Hatta yang berlangsung secara mengejut minggu lalu sebenarnya dirancang untuk majlis pertunangan pada pe­ringkat awal.

Bagaimanapun, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, berkata, keputusan untuk bertunang itu kemudian ditukar kepada majlis pernikahan pada saat-saat akhir.

“Sepatutnya kami bertunang dulu namun ia dijadikan majlis pernikahan selepas berbincang dengan ahli keluarga seminggu sebelum berlangsung.

“Atas sebab itu jugalah kad kahwin saya pun tidak mempunyai sampul. Segala-galanya dibuat pada saat-saat akhir yang banyak dibantu oleh ahli keluar­ga dan kawan-kawan juga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.