Kanak-kanak maut dilanggar bot


INILAH bot pelancong yang melanggar bot laju di perairan Bangau-Bangau berhampiran Jeti Pelancongan Semporna kelmarin.


SEMPORNA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terbunuh selepas bot laju yang dinaikinya dilanggar sebuah bot pelancong di perairan Bangau-­Bangau berhampiran Jeti Pelanco­ngan Semporna di sini kelmarin.

Dalam kemalangan pukul 3.10 petang itu, tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak cedera.

Mereka ialah juragan bot laju, Jaafar Bakial, 41, yang dilaporkan parah sementara Juliman Rasis, 24, dan Mohamad Rijal Ranol, 12, hanya luka pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Pete Ambuas berkata, mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Arhidar Abdullah ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh pihak bomba di permukaan laut berkenaan kira-kira dua jam selepas insiden.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.