SPRM bantu kenal pasti kelemahan


Khaled (lima dari kanan) dan Dzulkifli (empat dari kanan) bersama sembilan Exco Johor melafazkan ikrar bebas rasuah di Pejabat Menteri Besar, Iskandar Puteri semalam.


ISKANDAR PUTE­RI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan satu kertas cadangan untuk penambahbaikan ke atas program perumahan bumiputera Johor yang telah mengakibatkan berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad (gambar kecil) berkata, kertas cadangan itu me­rupakan usaha SPRM selepas mengenal pasti beberapa kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan bumiputera Johor tersebut

“SPRM akan mengemukakan kertas cadangan penambahbaikan itu kepada kerajaan ne­geri Johor dalam minggu depan. Sekarang ini, kita di peringkat akhir bagi cadangan-cadangan penambahbaikan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan sistem, prosedur dan kelemahan-kelemahan program perumahan itu dapat di atasi agar ia tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah peringkat kerajaan negeri Johor yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama sembilan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) di Pejabat Menteri Besar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.