APMM tahan dua kapal asing


GAMBAR menunjukkan kapal MT Orca (kiri) dan MT Brama Ocean yang ditahan di selatan Tanjung Penyusop, Teluk Rumania, Kota Tinggi kelmarin.


JOHOR BAHRU – Dua buah kapal dagang asing ditahan Maritim Malaysia (APMM) di selatan Tanjung Penyusop, Teluk Rumania, Kota Tinggi dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 petang itu, Kapal MT Orca dan MT Brama Ocean masing-masing tidak mempunyai insurans dan bersauh tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Da­erah 7 Tanjung Sedili, Kepten Maritim Amran Daud berkata, anggota-anggota APMM yang me­lakukan pemeriksaan mendapati kapal MT Orca yang berdaftar di Fiji itu gagal mengemukakan insurans perkapalan.

“Jika didapati bersalah, kapal berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen­ 361(6) Akta A1393 2011 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Kapal MT Brama Ocean yang berdaftar di Malabo pula melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut dan gagal memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.