PVATM Petaling beri sumbangan kepada ahli, balu


Sariki (tengah) bergambar bersama ahli-ahli KVATM ketika hadir pada majlis mesyuarat agung dan penyampaian bantuan di Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANGAN. Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Petaling, Kuala Lumpur telah mengadakan mesyuarat agung tahunan dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli orang kelainan upaya, balu-balu dan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran baru-baru ini.

Ketua PVATM Cawangan Petaling, Datuk Sariki Othman berkata, sumbangan itu diberikan dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan sesama ahli di samping membantu meringankan serba sedikit bebanan yang dihadapi.