Bayi lapan bulan meninggal dunia


CHANG KEONG


IPOH – Polis menahan seorang pengasuh wanita di rumahnya di Taman Meru di sini kelmarin bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki yang berusia lapan bulan akibat kecederaan pada belakang kepala dipercayai dipukul dan dihentak objek keras.

Mangsa, Muhammad Syahmi ­Naufal Muhammad Adam Tham disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor di HRPB yang memaklumkan bayi tersebut koma akibat kecederaan pada kepala, Rabu lalu.

“Mangsa meninggal dunia semalam (kelmarin) kira-kira pukul 6.30 pagi di HRPB dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu disebabkan oleh kecederaan dalam kepala.

“Polis kemudian menahan wanita berusia 36 tahun tersebut yang mengasuh mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.