Kafein undang risiko keguguran


DUA cangkir kafein atau lebih meningkatkan risiko keguguran.– Gambar hiasan


KAJIAN yang dilakukan oleh pakar penyelidik daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat mendapati, pengambilan dua cangkir atau lebih minuman berkafein beberapa minggu sebelum konsepsi dapat meningkatkan risiko keguguran.

Keadaan tersebut bukan sahaja terjadi kepada golongan wanita, malah lelaki.

Menurut pakar penyelidiknya, Germaine Buck Louis, faktor gaya hidup pasangan seperti menghisap rokok, pengambilan minuman berkafein dan penggunaan vitamin tambahan memberi kesan kepada kehamilan sejak sebelum konsepsi sehingga minggu ketujuh kandungan.

“Jika seseorang wanita atau pasangannya minum lebih daripada dua gelas minuman berkafein sehari sebelum konsepsi, mereka berisiko sehingga 75 peratus untuk mengalami keguguran berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

“Kesan pengambilan kafein pada lelaki sama seperti wanita dan menyumbang kepada keguguran janin.

“Walaupun wanita tersebut mengambil vitamin tambahan harian, mereka tetap berisiko 55 peratus keguguran,” jelasnya.

Justeru itu, individu perlu menghindari pengambilan kafein jika ingin menimang cahaya mata.