Keadaan banjir di Temerloh semakin pulih

14/05/2017 2:26pm


Seorang penduduk melihat air Sungai Tui yang melimpah ke kawasan kediamannya dalam kejadian banjir kilat di Kampung Kechau Tui, Lipis malam kelmarin.


KUANTAN - Kesemua tujuh pusat pemindahan sementara mangsa banjir di daerah Temerloh telah ditutup sepenuhnya setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, keadaan banjir di tiga kawasan terjejas kini semakin pulih dan mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Keadaan di Kampung Pasu, Penderas, Kuala Krau dan Kuala Gandah, Lancang, telah pulih sepenuhnya manakala di mukim Mentakab banjir dilihat semakin pulih.

"Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang dan telah memulakan kerja-kerja pembersihan di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE