Keistimewaan krim DD Meyliq Moist, semburan Beelovera Moist



Sebagai individu yang bermastautin di Malaysia, tidak mudah untuk mengekalkan kelembutan dan kesegaran kulit wajah sepanjang masa.

Mana tidaknya, faktor cuaca yang panas dan kering di negara ini dikaitkan sebagai penyebab utama yang menghalang kulit wajah kekal lembut.

Sebagai satu alternatif, pengguna kebanyakannya menggunakan produk yang sudah diformulasikan bersama perlindungan UV untuk melindungi kulit selain mengekalkan kelembapan khususnya pada bahagian wajah. Namun, malang sekali harga yang ditawarkan produk sebegitu adalah sangat mahal.

Kini, pengguna produk wajah dalam negara tidak perlu khuatir kerana jenama MINARA, di bawah kelolaan syarikat produk kecantikan, Dyan Flawless Solution kini menawarkan produk krim DD Meyliq Moist yang sangat bagus untuk golongan wanita pada harga cukup berpatutan.

Menurut pengasasnya, Nor Handi Yani Abd. Hadi, 29, produk krim DD Meyliq Moist itu merupakan produk terbaharu daripada MINARA yang mempunyai enam kelebihan di dalam satu produk, berbeza dengan produk lain yang terdapat di pasaran.


Produk krim DD dan semburan wajah daripada MINARA ini dihasilkan dengan bahan semula jadi.


“Krim DD Meyliq Moist daripada MINARA cukup istimewa kerana pengguna dapat mengaplikasikan enam kebaikan pada wajah dengan hanya menggunakan satu produk. Krim ini mengandungi serum, krim UV SPF 25, krim kelembutan, krim DD, penutup cela atau concealer dan bedak.

“Pengguna boleh menggunakan produk ini seawal umur 14 tahun. Malah, ia boleh digunakan tanpa sebarang keraguan kerana rangkaian produk MINARA dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan kimia,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Nor Handi Yani memberitahu, hasil formulasi daripada bahan-bahan organik seperti timun, madu dan lidah buaya (aloe vera), krim DD Meyliq Moist juga berupaya memudarkan jeragat dan mengurangkan bintik putih serta hitam.

“Setiap bahan yang dipilih untuk krim DD Meyliq Moist mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seperti contoh, timun mempunyai elemen sejuk yang dapat menyegarkan wajah selain mengaktifkan liang roma. Malah, ia juga dapat mengurangkan kedutan halus pada raut wajah,” katanya lagi.


Bersama barisan kakitangan Dyan Flawless Solution, Nor Handi Yani optimis rangkaian produknya mampu menjadi pilihan bedak asas No.1 dalam kalangan pengguna.


Lebih istimewa, penggunaan krim DD Meyliq Moist lebih berkesan jika digunakan bersama Beelovera Moist, penyembur wajah bernutrien tinggi yang dapat mengembalikan kelembutan kulit, membuang sel mati dan mengawal minyak di kawasan muka pengguna.

“Penyembur wajah ini sangat istimewa dengan fungsinya yang pelbagai termasuklah membaiki tekstur kulit, menyegarkan wajah, mengurangkan tanda parut dan mengecilkan pori. Semua orang boleh menggunakannya termasuklah golongan lelaki yang ingin menjaga kesihatan kulit wajah,” ujarnya.

Krim DD Meyliq Moist ditawarkan kepada pengguna pada harga RM79 dan RM89 bagi Sabah dan Sarawak manakala penyembur wajah Beelovera Moist pula boleh didapati pada harga cuma RM69 sahaja untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan RM79 (Sabah dan Sarawak).

Kedua-duanya difahamkan boleh bertahan hingga tiga bulan bergantung kepada cara penggunaan. MINARA juga turut menawarkan produk pencuci muka Keai dan gincu bibir berkolagen Lipswithlove kepada orang ramai dalam koleksi rangkaian produknya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut, anda boleh menghubungi MINARA HQ di talian 018-871 7257 dan 018-6634535 serta 011-2727 9290 bagi sebarang pertanyaan mengenai ejen dan stokis.