Kubur Thaqif digali semula


Ahmad menziarahi kubur cucunya, Mohamad Thaqif sehari selepas ia digali semula di Tanah Perkuburan Islam Felda Aping Timur di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Ahli keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, mendakwa kedua-dua kaki pelajar tahfiz yang dipotong dan ditanam di Tanah Perkuburan Islam Felda Aping Timur di sini sejak 23 April lalu masih elok dan tidak berbau busuk ketika digali semula kelmarin.

Datuk kepada Mohamad Thaqif, Ahmad Motai, 67, membe­ritahu, dia mendapat panggilan daripada pihak polis pada pukul 1 petang kelmarin yang memberitahu mereka mahu menggali semula kubur Mohamad Thaqif untuk siasatan lanjut mengenai punca kematian cucunya itu.

Menurutnya, proses menggali kubur Mohamad Thaqif dilakukan oleh empat penggali kubur sebelum pasukan forensik hospital mengambil kedua-dua kaki Mohamad Thaqif untuk dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

Turut menyaksikan proses penggalian semula kubur Mohamad Thaqif ialah sepasukan polis dan beberapa pegawai perundangan dari Putrajaya.

“Anggota forensik mengambil kedua-dua kaki Mohamad Thaqif yang dipotong pada 23 April lalu ketika kanak-kanak itu dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

“Saya melihat kedua-dua belah kaki arwah dibungkus dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam plastik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.