Kembalikan semula kepercayaan rakyat Selangor kepada BN




SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu mengambil peluang dari­pada kemelut politik yang berlaku di Selangor ketika ini bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat negeri itu kepada parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, penerimaan rakyat Se­langor terhadap BN akan memudahkan usaha parti itu me­rampas kembali pemerintahan negeri ini daripada pembangkang.

“Kita mahu BN bangkit semula daripada situasi politik sebelum ini yang telah menyebabkan terlepas­nya kuasa yang pernah dipegang BN di Selangor.

“Ia perlu dilakukan dengan usaha berterusan dan diperkukuhkan supaya rakyat mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kepada BN dan UMNO di Selangor,” katanya pada sidang akhbar selepas menyertaikan program Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri ‘Sehati Negaraku Malaysia’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.